Latest News

Mariamah (ZZ Pitas) dipuji oleh Julfekar


Siapa tidak kenal dengan Julfekar iaitu seorang komposer terkenal Malaysia yang pernah bertanggungjawab menaikkan nama beberapa artis besar Sabah seperti Azharina Azhar dan ramai lagi.

Fenomena video nyanyian Mariamah Malik untuk lagu Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain yang telah dimuat naik di fanpage 1SABAH mendapat pujian daripada beliau melalui komennya yang ke 1,549 video tersebut. Antara komennya berbunyi, "Memang tabik spring Kak Mah dari Pitas".

Adakah ini pentanda awal bakat ZZ Pitas ini akan terserlah sama ada diangkat oleh Julfekar (orang Sabah sendiri dari Kg. Pangaraban, Kudat) atau komposer atau producer lain yang akan berminat untuk mengambil Mariamah jadi artis rakaman?

Komen Julfekar di video nyanyian Madah Berhelah nyanyian santai Mariamah
Berdasarkan kepada gambar-gambar dalam profil facebook yang bernama
Julfekar Ahmad Shah, diyakini ini adalah profil sebenar Julfekar
Dalam satu perkembangan yang lain, terdapat juga desas desus telah ada beberapa produksi Sabah dan dari Semenanjung Malaysia yang sedang membuat pertimbangan untuk mengambil Mariamah sebagai artis.

Apa-apapun, kita tunggu dan lihat apa reaksi pengusaha hiburan di Malaysia setelah melihat fenomena bakat Mariamah yang semakin mendapat perhatian dan pujian khususnya yang telah pernah melihat video tersebut yang kini telah dikongsikan sebanyak 1,972 kali dengan komen sebanyak 1,549 dan like sebanyak 3,851.
Harap-harap ada yang akan memperkembangkan bakat Mariamah ini berbaloi dengan bakatnya yang semulajadi.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.