Latest News

Yusry, Lisa Mohon PADAM AKAUN Palsu Instgram Anaknya


Berita mengenai kelahiran anak Yusry KRU dan juga Lisa Surihani sememangnya antara yang ditunggu namun sebaik sahaja nama anak pasangan ini diumumkan, terus ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan nama tersebut untuk membuka akaun baru di laman Instagram.

“This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you,” pinta Lisa dalam satu muatnaik di Instagram beserta gambar akaun tersebut. Malah rata-rata komen mengeji tindakan akaun tersebut.

Nampaknya ketika ini Lisa perlu menempuhi pelbagai dugaan berkaitan anaknya. Jika sebelum ini berita palsu mengenai gambar anak sulungnya itu juga turut tersebar kini perkara sebegini pula muncul.

Bagaimanapun, isu mengenai individu mewujudkan akaun Instagram anak artis telah pun bermula sekian lama malah baru-baru ini akaun yang menggunakan nama anak Awal Ashaari turut digunakan untuk menghentam Sharnaaz di Instagram. Semoga Lisa dan juga Yusry bijak menangani masalah ini. 

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.