Latest News

Utara.FM telah diilhamkan pada 08 Ogos 2008 (pada ketika itu namanya ialah Ponet.FM) dan telah dilancarkan secara rasmi sebagai Radio Rasmi Gabungan NGO Negeri Sabah oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi  mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 25 Julai 2009 di Rumah Rehat Lohan, Ranau.

Kenapa Utara?

Utara yang dimaksudkan di sini ialah utara Borneo atau North Of Borneo. Secara fizikalnya utara Borneo ialah Sabah. Inilah yang tersirat dalam Utara.FM. Ini menunjukkan bahawa Utara.FM sebenar-benarkanya adalah radio online Sabahan, diwujudkan di Sabah, diuruskan sepenuhnya oleh orang Sabah, penyampai-penyampainya adalah orang Sabah (walaupun ada diantaranya berada di luar negeri Sabah) dan semestinya ingin memperkenalkan kepada dunia mengenai Sabah dari segi budaya dan para pengamalnya.

Apa pula maksud FM?

FM bukan bermaksud 'frequency modulation' sebab kami bukan siaran berfrekunsi. FM ialah Fantasi Media iaitu satu kumpulan pengamal internet Sabah yang melakukan aktiviti strategi pemasaran online, pembangun laman web dan penggiat dalam rekabentuk grafik

Kenapa siaran radio ini diwujudkan?

Untuk membantu mempromosikan artis-artis tempatan Sabah disamping menjadi penyampai info-info terkini Sabah.

Utara.FM adalah singkatan kepada nama sebenarnya iaitu Utara (Sabah) FM.

YOUR BLOG TITLE Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.